Pages

Tuesday, September 25, 2012

Minggu 3 : Learning ASP with Dreamveaver

Pada minggu ini kami telah diajar oleh Prof membina laman web *.asp menggunakan Dreamweaver CS3.

Di sini diterangkan step by step langkah yang harus perlu diikuti. Di sini

1. Cara Setup IIS 
IIS merupakan satu server yang digunakan untuk 'menguji laman sesebuah laman web dinamik'. Ianya perlu di install terlebih dahulu supaya laman web berfungsi dengan baik. Pada kuliah ini Prof menggunakan *.asp sebagai laman web utama. Berikut adalah contoh pasangan server dengan website yang lain sebagai panduan:-
a) IIS - ASP
b) Apache - PHP
c) Tomcat - JSP

Alamat default adalah : localhost

2. Create Site
Tujuan mencipta 'create site' adalah untuk menyimpan segala fail *.asp atau fail-fail yang lain. Pastikan anda menggunakan nama yang unik dan sesuai supaya senang dingati. Contoh nama site adalah cuba_asp

Alamat website anda adalah : http://localhost/cuba_asp

3.Setup Database
Database atau pengkalan data merupakan lokasi untuk menyimpan data yang dimasukkan oleh pengguna dari from. Pengkalan yang digunakan adalah Ms Access dan kita perlu mencipta database dan table. Di dalam setiap table yang dibuat kita perlu tambahkan 1 field untuk id. Sebagai contoh kita ingin membina jadual yang mengandungi 5 data, so kita kena + 1. Oleh itu bilangan data untuk jadual adalah 6 termasuk dengan id.


4. Setup Form
Untuk membina form kita menggunakan dreamweaver dan setiap form perlu dinamakan sama seperti field dalam database.

5. Create Connection
Kita perlu membina connection supaya data boleh disimpan di dalam database. Connection yang digunakan adalah Custom Connection String (CCS) atau Data Source Name (DSN). Tapi untuk latihan kali ini Prof menggunakan CCS kerana ia lebih mudah.

6. Insert Record

Bahagian ini untuk memasukkan data dari form ke dalam database Ms Access. Kita perlu ada connection kemudian gunakan Server Behaviors untuk Insert Record. Pastikan nama form sama dengan nama database supaya data akan masuk pada tempat yang betul.

7. View Recod 

Bahagian adalah untuk memaparkan data yang dibaca dari database. Kita perlu cipta Recordset dan kemudian Binding ke page *.asp

Monday, September 24, 2012

Minggu 2

Salam and hi to all

Pada minggu 2, saya membuat pendaftaran pelajar baru di SPS kerana pada ari Isnin cuti ganti untuk 1 Malaysia. So pada hari tersebut banyak masa dihabiskan untuk proses pendaftaran pelajar seperti membuat kad matrik, pergi bendahari dan pergi fakulti untuk pendaftaran subjek..

Minggu 1

Salam and hi to all

Pada minggu 1, saya tidak dapat menghadiri kelas kerana saya tidak menyangka diterima masuk ke UTM kerana sebelum ini permohonan saya telah ditolak...maka bermulalah saya membuat perancangan untuk pergi mendaftar sebagai pelajar pada minggu ke 2.