Pages

Wednesday, October 31, 2012

Minggu 8 : Administrator Page

Isnin, 30 Oktober 2012 - Bismillahirrahmanirrahim, pada kali ini Prof mengajar cara untuk menambahkan security kepada laman web khusus bagi pentadbir utama sistem (Adminstrator) . Sebelum ini kami diajar untuk membuat pendaftaran dan login untuk user yang biasa kemudian dapat melihat senarai pengguna dan maklumat mereka.
 
Kali ini untuk security kita menggunakan level untuk mengawal login page bagi user yang berbeza. Maka di dalam database adalah seperti di bawah



Di dalam laman Administrator, kita boleh masukkan beberapa fungsi seperti:-

Insert User - untuk menambahkan pengguna baru

 Server Behavior > Insert Record

View User - untuk memaparkan senarai pengguna berdaftar

 Server Behavior > Binding | *Repeat Region
 *untuk mengulangi senarai data

Edit User - untuk mengemaskini data pengguna

 Server Behavior > Update Record

Delete User - untuk memadamkan rekod pengguna

  Server Behavior > Delete Record
 Logout - untuk keluar dari sistem

Server Behavior > User Authentification > Log Out User

Untuk fungsi  Edit User dan Delete User perlu kita perlu ada id yang diterima dan dibaca data dari database kemudian, untuk Edit User kita perlu masukkan fungsi hidden field untuk mengemaskini id kerana biasanya id adalah berjenis auto_increment.


Go to Details Page - server behavior is used in master-detail Web applications to navigate from a chosen link on the master page to a designated detail page.

Go to Related Page - server behavior links to a new page that conveys the form and/or URL variables previously passed to the current page.

Kita boleh tentukan laman mana yang boleh dilihat oleh pengguna biasa dan pengguna berdaftar dan juga admin itu sendiri. Ini secara tidak langsung dapat membezakan level antara setiap pengguna.


Mengawal kandungan laman web melalui Restricting Access

Kita boleh mengawal page laman web dengan fungsi ini, sekiranya ada pengguna cuba memasukinya sebelum login terlebih dahulu ke dalam sistem. Ini untuk mengelakkan pengguna dengan menekan butang [Back] boleh melihat isi kandungan laman web.

Biasanya setelah memasukki bahagian Restrict Area, kita perlu membina page baru untuk memaklum pengguna login terlebih dahulu ke dalam sistem iaitu pada fungsi "Refesh"  yang mengandungi peringatan tersebut kemudian kembali ke login page.

Minggu 7

Di kesempatan ini saya mengucapkan Salam Aidiladha....

Minggu 6 : Login Page

Selasa, 16 Oktober 2012 -Bismillahirrahmanirrahim, pada minggu Prof mengajar bagaimana untuk membina login page. Apakah sebenar Login Page, di sini apa yang boleh saya terangkan adalah Login Page digunakan untuk log masuk ke dalam sistem bagi pengguna yang sah sahaja, biasanya login mempunyai nama (username) dan kata laluan (password). Untuk membina login kita boleh memilih nak start mana dulu sama ada nak buat database atau buat form login dahulu. Kali ini saya akan terangkan bagaimana untuk membuat form dalam Dreamweaver.

Langkah 1:


Item-item yang terlibat dalam form adalah :-
  1. Table-----> untuk meletakkan maklumat
  2. Text Field ----> untuk masukkan input ke dalam database
  3. Button ----> untuk pengguna klik, Submit | Reset
  4. Hyperlink -----> untuk login form jika sudah register.
Pastikan kesemua item di masukkan dan berada di dalam form ( inside red area). Kemudian simpan sebagai register.php

Langkah 2

Kemudian kita berpindah ke phpMyadmin. Di sini kita kena buat satu database dan table untuk menyimpan data yang yang telah diisikan di register.php

Kembali semula ke Dreamweaver dan kena lakukan beberapa perkara seperti berikut untuk register.php :-

  1. Create Site
  2. Insert Record
Untuk menguji sama ada proses pada Langkah 1 dan Langkah 2 berjaya atau tidak, kita boleh menguji dengan melayari http://localhost/ikwan/register.php

Hasil di dalam database jika tiada error pada sistem




Langkah 3

Kemudian kita perlu membina login form untuk membolehkan pengguna login ke dalam sistem setelah proses pendaftaran berjaya.
Cipta fail baru dan bila login form seperti di atas dan simpan sebagai login_t.php

Kemudian pergi ke Server Behavior > User Authentication > Log In User setkan maklumat seperti di atas seperti username,password, login succes, login fail dan table.

Fungsi-fungsi yang lain dalam  User Authentication
  •  Log In User - fungsi untuk log masuk sistem dengan selamat.
  • Restricting Access To Page - fungsi untuk keselamatan laman web untuk pengguna yang sah sahaja yang boleh mengcapai laman web. Ini kerana laman web yang dinamik biasa mempunyai seorang atau lebih admin, untuk tujuan itu fungsi level boleh digunakan untuk membezakan antara pengguna,pentadbir dan pentadbir utama yang mengawal laman web.
  • Log Out User - fungsi untuk log keluar sistem dengan selamat dan mengelakkan orang luar masuk ke dalam sistem pada session yang sama
  • Check New Username - fungsi untuk semak dan mengelakkan duplicate username di dalam database

Langkah 4

Cipta satu fail baru sebagai view2.php untuk memaparkan senarai nama pengguna yang telah berdaftar. Lakukan beberapa perkara seperti di bawah:-
  1. Bindings
  2. Repeat Region
 Contoh hasil maklumat yang didaftarkan adalah seperti di atas.


Tuesday, October 9, 2012

Minggu 5 : XAMPP & Dreamweaver

Pada minggu hari ini kami diajar benda baru...iaitu cara guna XAMPP yang mengandungi PHP dan MySQL atau boleh tambahkan FileZilla jika mahu.

Proses untuk membangunkan Laman Web PHP lebih kurang sama dengan ASP

1. Cara Setup XAMPP

XAMPP ini merupakan virtual server yang digunakan untuk melarikan program atau fail *.php dan mysql. Proses untuk install adalah mudah cuma download xampp ver 1.6.7 win32 dari elearning Prof. Pastikan kita matikan dahulu fungsi IIS dibahagian Administative Tools. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlaku konflik port antara IIS dan XAMPP. Selain itu juga anda boleh menukar port yang lain, secara umum port yang standard adalah 80 dan boleh ditukarkan kepada port lain seperti port 8080. Maka address yang baru adalah localhost:8080/ dan bukan lagi localhost.

Untuk tips berguna anda boleh setkan localhost:8080 untuk IIS dan localhost untuk XAMPP, maka anda boleh menggunakan kedua-dua virtual server secara sentak.

3. Setup Database

MySQL pula sebagai pengkalan data. Jikalau kita semua masih ingat sebelum ini Prof menggunakan Ms Excel sebagai pengkalan data. Secara ringkas mengikut keterangan Prof dan nota yang diberikan (terima Prof. kerana nota percuma ini), MySQL mengandungi Reserved Word iaitu perkataan yang tidak boleh digunakan for your table ada colum names. Data Types merupakan jenis - jenis data ada antaranya berjenis text, numbers dan dates/times.Untuk keterangan lanjut baca dan baca nota prof..

Proses disini bermula dengan mencipta database dan table. Namakan jadual dengan satu perkataan sahaja dan juga boleh dinamakan dua atau lebih perkataan tetapi mestilah diletakkan  tanda ini '_'. Untuk Jadual pula mestilah 'bilangan jadual + 1' , ini kerana 1 biasanya digunakan sebagai id dan juga boleh digunakan untuk tujuan lain seperti primary key dan juga untuk memudahkan untuk memadam rekod dalam database.

id int [4] [auto_increment]  [primary_key]
surname text [50]
firstname text [50]
email text [50]
website text [50]
mesagge longtext [200] 

*auto_increment berfungsi automatik iaitu akan menambah bilangan nombor setiap kali data dimasukkan

2. Create Site

  Bahagian ini berfungsi untuk membuat satu folder baru dan ianya berfungsi untuk menyimpan segala fail *.php yang dibangunkan. Secara tidak langsung akan memudahkan kita menguruskan fail-fail *.php.

Jika folder yang dicipta adalah latihan maka dalam alamat url untuk mencapai fail di dalamnya dalam

http://localhost/latihan/

4. Create Connection

Tujuan connection adalah untuk menghubungkan antara *.php dan juga database, dalam kes ini kita menggunakan MySQL. Jadi semua aktiviti yang berada di form sama insert,update,view akan diambil dari database MySQL

5. Setup PHP Form

Untuk menyimpan data di dalam database kita perlu membina form. Elemen - elemen form terdiri daripada text field, text area, check box, radio button, list dam lain-lain lagi. Fungsi button Submit adalah untuk mengarahkan php menyimpan data ke dalam database dan button Reset untuk mengosongkan data secara serentak pada form.

6. Insert Record

Bahagian ini untuk memasukkan data dari form ke dalam database MySQL. Kita perlu ada connection kemudian gunakan Server Behaviors untuk Insert Record. Pastikan nama form sama dengan nama database supaya data akan masuk pada tempat yang betul.

7. View Recod 

Bahagian adalah untuk memaparkan data yang dibaca dari database. Kita perlu cipta Recordset dan kemudian Binding ke page *.php

Minggu 4 : Ulangkaji

Pada minggu ini kelas berjalan seperti biasa tiada  topik baru yang dibincangkan kerana Prof membuat ulangkaji terhadap pelajaran pada minggu lepas kerana terdapat ahli kelas masih tidak berapa faham.

Prof menunjukkan semula secara kuliah dan tutorial bagaimana untuk membangunkan sistem bermula dari awal hingga akhir. Antara proses yang perlu diikuti yang sempat saya catatkan adalah:-
  1. Setup IIS
  2. Create Site
  3. Setup database
  4. Setup ASP form
  5. Save Record (Insert Record)
  6. View Record (Recordset + Binding)