Pages

Tuesday, October 9, 2012

Minggu 5 : XAMPP & Dreamweaver

Pada minggu hari ini kami diajar benda baru...iaitu cara guna XAMPP yang mengandungi PHP dan MySQL atau boleh tambahkan FileZilla jika mahu.

Proses untuk membangunkan Laman Web PHP lebih kurang sama dengan ASP

1. Cara Setup XAMPP

XAMPP ini merupakan virtual server yang digunakan untuk melarikan program atau fail *.php dan mysql. Proses untuk install adalah mudah cuma download xampp ver 1.6.7 win32 dari elearning Prof. Pastikan kita matikan dahulu fungsi IIS dibahagian Administative Tools. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlaku konflik port antara IIS dan XAMPP. Selain itu juga anda boleh menukar port yang lain, secara umum port yang standard adalah 80 dan boleh ditukarkan kepada port lain seperti port 8080. Maka address yang baru adalah localhost:8080/ dan bukan lagi localhost.

Untuk tips berguna anda boleh setkan localhost:8080 untuk IIS dan localhost untuk XAMPP, maka anda boleh menggunakan kedua-dua virtual server secara sentak.

3. Setup Database

MySQL pula sebagai pengkalan data. Jikalau kita semua masih ingat sebelum ini Prof menggunakan Ms Excel sebagai pengkalan data. Secara ringkas mengikut keterangan Prof dan nota yang diberikan (terima Prof. kerana nota percuma ini), MySQL mengandungi Reserved Word iaitu perkataan yang tidak boleh digunakan for your table ada colum names. Data Types merupakan jenis - jenis data ada antaranya berjenis text, numbers dan dates/times.Untuk keterangan lanjut baca dan baca nota prof..

Proses disini bermula dengan mencipta database dan table. Namakan jadual dengan satu perkataan sahaja dan juga boleh dinamakan dua atau lebih perkataan tetapi mestilah diletakkan  tanda ini '_'. Untuk Jadual pula mestilah 'bilangan jadual + 1' , ini kerana 1 biasanya digunakan sebagai id dan juga boleh digunakan untuk tujuan lain seperti primary key dan juga untuk memudahkan untuk memadam rekod dalam database.

id int [4] [auto_increment]  [primary_key]
surname text [50]
firstname text [50]
email text [50]
website text [50]
mesagge longtext [200] 

*auto_increment berfungsi automatik iaitu akan menambah bilangan nombor setiap kali data dimasukkan

2. Create Site

  Bahagian ini berfungsi untuk membuat satu folder baru dan ianya berfungsi untuk menyimpan segala fail *.php yang dibangunkan. Secara tidak langsung akan memudahkan kita menguruskan fail-fail *.php.

Jika folder yang dicipta adalah latihan maka dalam alamat url untuk mencapai fail di dalamnya dalam

http://localhost/latihan/

4. Create Connection

Tujuan connection adalah untuk menghubungkan antara *.php dan juga database, dalam kes ini kita menggunakan MySQL. Jadi semua aktiviti yang berada di form sama insert,update,view akan diambil dari database MySQL

5. Setup PHP Form

Untuk menyimpan data di dalam database kita perlu membina form. Elemen - elemen form terdiri daripada text field, text area, check box, radio button, list dam lain-lain lagi. Fungsi button Submit adalah untuk mengarahkan php menyimpan data ke dalam database dan button Reset untuk mengosongkan data secara serentak pada form.

6. Insert Record

Bahagian ini untuk memasukkan data dari form ke dalam database MySQL. Kita perlu ada connection kemudian gunakan Server Behaviors untuk Insert Record. Pastikan nama form sama dengan nama database supaya data akan masuk pada tempat yang betul.

7. View Recod 

Bahagian adalah untuk memaparkan data yang dibaca dari database. Kita perlu cipta Recordset dan kemudian Binding ke page *.php

No comments:

Post a Comment