Pages

Tuesday, November 20, 2012

Minggu 11 : Flash Basic


Selasa, 20 November 2012 - Bismillahirrahmanirrahim....minggu ni minggu pertama belajar flash. Prof bermurah hati memberi pinjam ipad kepada semua pelajar untuk digunakan dengan sebaik untuk pembelajaran flash.TERIMA KASIH PROF.....

So berbalik kepada Adobe Flash CS3....Prof mengedarkan soalan-soalan mudah untuk menguji tahap pengetahuan pelajar tentang flash, tidak lupa juga latihan untuk memantopkan lagi kemahiran pelajar. Lagi banyak latihan lagi bagus ini kerana benda-benda kemahiran perlu dipraktikan selalu kalau tak lupa.


Di dalam flash mempunyai beberapa bahagian fungsi2 iaitu:-
  1. Layers - merupakan lapisan untuk kita menyusun kedudukan objek di dalam flash
  2. Tools - merupakan alatan-alatan yang digunakan untuk melukis, mewarna dan macam-macam boleh digunakan dalam bahagian ini.
  3. Library - merupakan bahagian pustaka yang menyimpan koleksi imej
  4. Properties - merupakan bahagian untuk mengubahsuai fail Flash.
To be continue...

Sunday, November 18, 2012

Minggu 10 : Cuti Semester

Isnin, 19 November 2012 - Bismillahirrahmanirrahim...cuti semester sudah habis pejam celik dan sampai seminggu. Masa cuti digunakan untuk membuat review dan jugak assignment.

Untuk untuk projek (asp+dreamweaver) kali ini saya dan Azizul bercadang untuk membangunkan satu sistem mini yang mudah dan apa yang telah dipelajari sepanjang 9 minggu kuliah berlangsung. Sistem yang dimasukkan adalah SISTEM TEMPAHAN GAS PETRONAS.

Idea ini saya dapat ketika menonton cerita Bedah Tong Gas dari TV3. Ceritanya kelakar dan boleh la layan.


Kami telah membahagikan sistem ini kepada dua bahagian untuk dibangunkan iaitu part saya adalah bahagian sistem itu sendiri termasuk (login,pendaftaran,tempahan,kemaskini dan padam rekod) ianya melibatkan bahagian user dan admin. Manakala part Azizul adalah bahagian main page, survery dan forum.

So...Bagaimana sistem ini berfungsi?

Sistem ini berfungsi mudah sahaja, pengguna perlu register kemudian membuat tempahan penghantaran. Manakala admin pula menguruskan tempahan tersebut. Mudah je kan...tapi proses membangunkan amat mencabar jugak.

Di sini dilampirkan beberapa screen capture yang telah dibangunkan

 Login Pelanggan

 Maklumat Tempahan

 Bahagian Admin



Tuesday, November 6, 2012

Minggu 9 : Survey Form & Flash CS3

Selasa, 6 Nov 2012 - Minggu ini merupakan minggu yang terakhir saya dan kawan2 belajar Dreamweaver + PHP + MySql, rasa sedih sebab pasni akan tinggalkan benda tu semua lagi pun assignment Projek 1 blom siapkan lagi, Tapi dalam kesedihan ada kegembiraan bak kata pepatah "Patah Tumboh Hilang Berganti"... yang berganti adalah Adobe Flash CS3. Wow ini merupakan salah satu yang saya tunggu-tunggu untuk belajar selama ini...sebab selama ini tak sempat nak belaja.

Pada minggu ini juga, saya dia ajar cara membuat Survey Form atau dalam bahasa Melayu borang soal selidik. Untuk membuat borang survey ini boleh digunakan beberapa element seperti :

  1. Text Fields
  2. Multiline Text Fields
  3. Radio Buttons
  4. Check Boxs
  5. Drop-down Lines
Tapi pada kali ini Prof mengajar menggunakan Radio Buttons sahaja yang lain kena explorer sendiri,la itu kan yang lebih afdal. Seperti biasa untuk membuat Survey Form kena ada database + fail php. So kena create dahulu database di dalam phpMyAdmin.

SQL query:
CREATE TABLE `projek2`.`soalselidik` (
`id` TINYINT NOT NULL AUTO_INCREMENT PRIMARY KEY ,
`gender` TINYINT NOT NULL ,
`edu` TINYINT NOT NULL ,
`q1` TINYINT NOT NULL ,
`q2` TINYINT NOT NULL ,
`q3` TINYINT NOT NULL ,
`q4` TINYINT NOT NULL ,
`q5` TINYINT NOT NULL
) ENGINE = MYISAM

Kemudian barulah pergi dekat Dreamweaver untuk membuat form survery. Masukkan dahulu soalan dan diikuti dengan Radio Group ini untuk memudahkan menyusun antara soalan dengan jawapan. Langkah yang perlu diikuti adalah untuk membuat Radio Group adalah pergi ke:-

Menu > Insert > Form > Radio Group

Persoalan di sini kenapa perlu pilih Radio Group bukannya Radio Buttons? Jawapannya adalah Radio Buttons menyediakan user untuk membuat pilihan di dalam pelbagai pilihan dan hanya satu sahaja dibenarkan untuk dipilih. Radio Buttons mesti diletakkan di dalam group, dalam hanya satu sahaja jawapan yang akan dipilih berdasarkan soalan yang diberikan dalam satu-satu masa.

Setelah siap membuat soalan dan pilihan jawapan, simpan fail tersebut dan buat connection database(jika perlu) dan Server Behavior > Insert Record. Seperti di dalam rajah di bawah


Pastikan setiap jawapan berada pada Radio Group yang betul untuk mengelakkan jawapan yang diberikan adalah salah dan jangan lupa untuk memasukkan Submit Button untuk menghantar dan menyimpan data di dalam database di dalam table 'soalselidik'.

Contoh Borang Survey



Hasil jawapan survey di dalam database



Adobe Flash CS 3


Flash..oh..Flash..satu perisian yang amat menarik untuk dipelajari. Prof sempat berpesan supaya ahli kelas cuba mengambil kesempatan cuti sem untuk mengeksplor perisian ini. Untuk kelas ini bahagian yang digunakan adalah Flash Action Script 2.0 kerana lebih mudah dan sesuai untuk new user macam saya.

Daripada sumber-sumber yang dipercayai...perisian flash awalnya telah dikeluarkan oleh syarikat Macromedia dan merupakan sebuah perisian animasi yang berunsurkan web. Di dalam flash kita boleh membuat pelbagai rekabentuk animasi yang lebih interaktif berbanding dengan Power Point, Authorware mahupun Director.

Kelebihan utama pada flash adalah ianya menggunakan grafik vektor yang berfungsi untuk menjaga kualiti imej walaupun dikecilkan atau dibesarkan saiznya tidak seperti imej dalam format *.jpeg dan *.gif yang akan pecah bila dibesarkan saiznya.