Pada minggu ini juga, saya dia ajar cara membuat Survey Form atau dalam bahasa Melayu borang soal selidik. Untuk membuat borang survey ini boleh digunakan beberapa element seperti :
- Text Fields
- Multiline Text Fields
- Radio Buttons
- Check Boxs
- Drop-down Lines
Kemudian barulah pergi dekat Dreamweaver untuk membuat form survery. Masukkan dahulu soalan dan diikuti dengan Radio Group ini untuk memudahkan menyusun antara soalan dengan jawapan. Langkah yang perlu diikuti adalah untuk membuat Radio Group adalah pergi ke:-
Menu > Insert > Form > Radio Group
Persoalan di sini kenapa perlu pilih Radio Group bukannya Radio Buttons? Jawapannya adalah Radio Buttons menyediakan user untuk membuat pilihan di dalam pelbagai pilihan dan hanya satu sahaja dibenarkan untuk dipilih. Radio Buttons mesti diletakkan di dalam group, dalam hanya satu sahaja jawapan yang akan dipilih berdasarkan soalan yang diberikan dalam satu-satu masa.
Pastikan setiap jawapan berada pada Radio Group yang betul untuk mengelakkan jawapan yang diberikan adalah salah dan jangan lupa untuk memasukkan Submit Button untuk menghantar dan menyimpan data di dalam database di dalam table 'soalselidik'.
Contoh Borang Survey

Hasil jawapan survey di dalam database
Adobe Flash CS 3
Flash..oh..Flash..satu perisian yang amat menarik untuk dipelajari. Prof sempat berpesan supaya ahli kelas cuba mengambil kesempatan cuti sem untuk mengeksplor perisian ini. Untuk kelas ini bahagian yang digunakan adalah Flash Action Script 2.0 kerana lebih mudah dan sesuai untuk new user macam saya.
Daripada sumber-sumber yang dipercayai...perisian flash awalnya telah dikeluarkan oleh syarikat Macromedia dan merupakan sebuah perisian animasi yang berunsurkan web. Di dalam flash kita boleh membuat pelbagai rekabentuk animasi yang lebih interaktif berbanding dengan Power Point, Authorware mahupun Director.
Kelebihan utama pada flash adalah ianya menggunakan grafik vektor yang berfungsi untuk menjaga kualiti imej walaupun dikecilkan atau dibesarkan saiznya tidak seperti imej dalam format *.jpeg dan *.gif yang akan pecah bila dibesarkan saiznya.
No comments:
Post a Comment