Pages

Thursday, December 13, 2012

Minggu 13 : Types of Interaction

Selasa, 13 Disember  2012 - Bismillahirrahmanirrahim....pada kali ini kami dikehendaki membuat latihan interaktif iaitu Flash boleh memberi respond pada pengguna. Berikut adalah aktivitti-aktiviti yang dipelajari berserta dengan cara kerja.

Aktitiviti 1 : Mutiple choice question

Langkah-langkah:
1. Buatkan satu fail baru
2. Pada Layer 1 taipkan soalan dalam mode 'static text'
3. Masukkan layer baru dan buatkan Butang A,B,C and D dan convert kesemua butang kepada Symbol
4. Buatkan satu layer Respon dan masukkan textfiled dan pilih Dynamic Text dan pada Var taipkan respon
5. Buatkan satu lagi layer Action dan masukkan actionscript seperti dibawah

stop ();
var respon;
respon = ""

6. Jika jawapan yang betul adalah butang A untuk masukkan actionscript ini

on (release) {
respon = "Congratulation,your answer is correct!";
}

7. Bagi butang B, C, dan D iaitu jawapan yang salah copy and paste actionscript dari butang A dan tukar ayatnya seperti dibawah

on (release) {
respon = "Your answer is wrong!";
}

8. Tekan Ctrl + Enter untuk melihat hasilnya

Contoh
_________________________________________________________________________

 Aktitiviti 2 : Text Entry Question


Langkah-langkah:
1. Buatkan satu fail baru
2. Pada layer 1, buatkan latar belakang dan masukkan teks untuk topik dan pastikan ia adalah berjenis static text. Kemudian namakan sebagai background
2. Tambah satu layer baru dan namakan layer tersebuat sebagai question dan taipkan soalan dan pastikan ia berjenis static text.
3. Pilih rectangle tool dan lukiskan kotak teks jawapan 
4. Pilih text tool dan lukiskan di atas kotak jawapan dan setkan sebagai input text serta setkan var answer
5. Pilih text tool lagi sekali  untuk paparkan jawapan dan lukiskan di bawah kotak jawapan, setkan sebagai dynamic text serta setkan sebagai respon.
4. Tambahkan layer baru untuk membina butang. Anda boleh pilih untuk membina butang sendiri atau pilih dari library button.
5. Tambahkan layer baru dan namakan layer tersebut sebagai stop. Kemudian masukkan actionscript seperti berikut 

stop ();
answer var;
var respon;
answer = ""
respon = ""

6. Manakala pada butang masukkan actionscript seperti dibawah untuk menyemak sama ada jawapan betul atau salah. Pengguna boleh memilih untuk menggunakan mouse atau keyboard untuk menyemak jawapan.

on (release) {
if (answer == "print client") {respon = "Correct!";}
            else {
            respon = "Incorrect, Your answer "+ answer +" is wrong";
            }
            }

            on (release, keyPress "<Enter>") {if (answer == "print client") {respon = "Correct!";}
            else {
            respon = "Incorrect, Your answer "+ answer +" is wrong";
            }
            }

7. PASTIKAN ANDA UNCHECK PADA AUTO KERN
8. Tekan Ctrl + Enter untuk melihat hasilnya

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

 Aktitiviti 3 :Drag & Drop



 Langkah-langkah:
1. Buatkan satu fail baru
2. Pada layer 1, lukiskan jalan menggunakan rectangle tool, impor gambar kereta dan bahagian badan kereta yang telah dipotong kepada 3 bahagian utama.
3. Tukarkan kesemua bahagian badan kereta kepada movie clip dan masukkan actionscript di bawah pada setiap bahagian badan kereta.

 on (press){
startDrag(this,true);
}
on(release){
stopDrag(); 
4. Tekan Ctrl + Enter untuk melihat hasilnya

Contoh
____________________________________________________________________________ 
Aktiviti 4 : Main Menu


Langkah-langkah

1. Bina fail baru
2. Buat layout berserta dengan butang "Utama","Sukan" dan "Online"
3. Kemudian duplicate scence 1 menjadi scence 2 menggunakan arahan Window>Other Panel.Scence>Duplicate Scence
4. Pada scene 1 masukkan maklumat yang dikehendaki. Kemudian test movie tersebut, anda akan melihat movie akan berklip-klip tanpa henti. Maka anda perlu masukkan arahan actionscript stop(); pada scence 1
5. Ulangi proses di atas pada scene 2 masukkan maklumat yang dikehendaki dan masukkan arahan actionscript stop(); pada scence 2
6. Tambakan keyframe di setiap layer sehingga frame 10 pada kedua-dua scene.
7. Pada scence 1 buatkan pautan kepada scence 2 dengan menggunakan arahan action script

on (release){
gotoAndPlay("Scene 2",1);
}

9. Pada scence 2 buatkan pautan kepada scence 1 dengan menggunakan arahan action script

on (release){
gotoAndStop("Scene 1",1);
}

10. Butang Online merupakan pautan kepada laman web yang lain.Masukkan actioscript di bawah ini

on (release){
getURL("http://www.sungainyior.blogspot.com");
}


11. Tekan Ctrl + Enter untuk melihat hasilnya

No comments:

Post a Comment