Pages

Sunday, December 2, 2012

Minggu 12 : Onion tracing

Ahad, 2 November 2012 - Bismillahirrahmanirrahim....pada minggu ini saya tidak dapat hadir ke kelas kerana isteri saya telah sarat mengandung untuk melahirkan seorang bayi. Oleh itu kami terpaksa bergegas ke Hospital Besar Melaka untuk membuat persiapan kelahiran. Isteri saya telah dimasukkan ke wad pada hari Isnin 26.11.2012 pada jam 9.00 pagi..setelah lama menunggu akhir seorang bayi perempuan telah dilahirkan pada jam 4.51 petang. Bayi seberat 3.2kg telah dinamakan Zuyyin Nur 'Aisy Binti Wan Mohd Hazani dan telah didaftarkan di JPN Melaka.

Inilah foto anak saya yang comelkan...hehe
Pada minggu ini, saya dimaklumkan kuliah berkenaan melukis menggunakan teknik Onion Skin. Teknik ini digunakan untuk meniru atau menoreh imej (Tracing image) yang asal ditukar kepada imej grafik. Untuk menggunakan fungsi ini.
  1. Create New File
  2. In Layer 1 > Import Image to Stage 
  3. Press F6 frame 2
  4. Click Onion Skin icon and remove the original image
  5. And start tracing image
Saya telah mencuba untuk menggunakan teknik ini untuk anak saya. Wow..hasilnya seakan-akan menjadi walaupun saya bukanlah pandai sangat melukis ni..huhuhu. Prof telah membuat satu pertandingan untuk menguji kemahiran pelajar untuk melukis gambar sendiri tapi sayang saya tidak sempat mengambil bahagian pada kali ini. Mungkin rezeki saya di lain masa (ayat sedih..hihi). Prof juga turut meminjamkan Digitizing Tablet Wacom untuk melukis imej selain menggunakan mouse.




No comments:

Post a Comment